Pages

Friday, July 24, 2009

kerat kuku...

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

  • Hari Sabtu :

Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk

kepadanya penyakit.

  • Hari Ahad :

Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

  • Hari Isnin :

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

  • Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

  • Hari Rabu :

Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya

kepapaan.

  • Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

  • Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.



Thursday, June 11, 2009

SEJARAH AYAT KURSI

Aku telah menerima email dr seorg sahabat..rasanya wajib bagi aku untuk meyebarkan kepada sesiapapun..
sejarah ayat kursi...
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas
ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan
mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut
Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,

dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,

Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak

menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang

benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah
azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang
siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,
Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

WALLAHUALAM ...

Wednesday, May 27, 2009

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda

oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda.
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan. Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata "Aku malaslah hari ini", "Aku boringla hari ni", anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, "Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita."

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda.
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran. Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhka n, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa.
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus. Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa

sama-sama lah kita mengambil iktibar dan memotivasikan diri kita ke arah yg lebih positif..

Friday, May 1, 2009

Kisah syaitan khanaz...

Assalamualaikum...
Kisah Syaitan bernama Khanaz pernah dengar tak?
Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam , dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah.
Suatu hari c Ibu Syaitan nie tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan anak cucu Adam "....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya... nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita.." .. "Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam . Setelah lama pikir-pikir. .. "Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam .

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku...."Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,. ..Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ....lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..."terang Hawa. "Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau. Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz. ...!!!" Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....

Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya, Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerang apa yang berlaku. "Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam . "Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam .

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.. "Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil "Khanaz!!!". ..kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali. kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya "Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam . "Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa. "Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ...kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam .

Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa. "Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya
..Khanaz !!! Iye Mak..
..jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.. Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.


Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia
sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia


- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.

- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."
ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR. ..
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya. ..banyakkan Zikir...
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz
ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. sekurang2nya BISMILLAH.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam ..
Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.
Walllahualam. ...
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH
.

Thursday, February 26, 2009

Testing..Testing hehe

hi..pertama kali aku ber'blog'..ekekek..excited nih..ekeke lagi...semangat berkobar-kobar dan membara nih..yeah!!tp...rasa lucu pulak..pelik pun ada jugak..ekeke..(gelak ja la yang akan banyak memenuhi ruangan blog aku ni)..erm...let me think..tak tau nak catat apa..tadi time dinner mencurah2 idea kat kepala, sekali time nak menekan keyboard n nak mencurahkan idea2 tadi tu tak tau pula nak taip apa.terlampau banyak idea kot sampai tak tau nak mula mana..hentam la labu...belasah je..

Aku sebenarnya tak berapa reti apakah bendanya 'blog' ni..dari pemerhatian aku, blog ni seakan-akan diary atau luahan perasaan si penulis blog(sepatutnya penaip blog). Tapi,bukankah 'diary' itu lebih bersifat sesuatu yang sangat privasi? sedangkan 'blog' tidak bersifat 'privasi' kerana akan ada pembacanya.Erm..maybe blog ni adalah satu wadah kepada penulis-penulis yang tidak dapat meng'publish' hasil penulisan mereka ke buku-buku(termasuk aku ler tu..)..atau 'blog' ni berupa satu wadah kepada insan-insan yang ingin meluahkan perasaan yang terbuku, atau juga sebagai satu cara kepada penulis-penulis blog untuk meluahkan pendapat-pendapat yang tidak dapat diluahkan di alam realiti (kat internet ni kira alam maya)..atau maybe blog ni satu tempat terkumpulnya hasil-hasil kreativiti individu yang mempunyai bermacam-macam hobi..atau macam-macam lagi la kegunaan blog ni.terpulang pada individu untuk memanfaatkannya,kan?..itu hanya tafsiran aku saja..setiap individu mempunyai tafsiran yang berbeza dan berhak untuk mentafsir sebagaimana yang mereka mahukan...lantaklah..apa yang pasti, 'blog' ini akan menjadi salah satu lagi perkara yang akan menambah sebab aku untuk tidak keluar rumah..Pasal mengadap pc berejam2 menaip blog...hahaha

Erm...kenapa aku ber'blog'?? ya soalan yang paling bernas dan macam 'ngam' dijadikan topik pertama kewujudan blogku ini..erm..saja nak ikut2 org kot...akhir-akhir ini macam dah jadi trend kawan-kawan aku berblog..kafle dengan 'teratak kafali'nya, kak tom dengan 'My colours of life' nya, dboy n norman dgn blog photoghrapher diorang, ijul pula (kira geng la bah kita tu kan jul..peace..) dgn 'masa,waktu,detik,bersama'nya.. dan so on la..so, aku sebagai seorang insan biasa yang tak mau ketinggalan akhirnya men'gatal'kan and meng'amai'kan tangan meng'create' blog ni.ceh! nak buat jugak..

ERm..banyak lagi idea nih..tapi nampaknya malam dah larut..isuk aku nak kena kerja.so, aku tak boleh pula ikut perasaan excited nak taip blog.kena berfikir rasional.so, tidur la..daripada aku mengantuk pula time kerja isuk.mengantuk tu satu perkara yang sangat membahayakan pada 'teller2'..pasal kalau mengantuk time kira duit tu boleh mamai2 n tersalah kira duit..kalo salah kira tak ke naya?kalo terlebih bagi customer, habis la kena ganti balik pulak..so, aku tahankan dulu niat nak taip blog..so, hopefully dapat sambung taip blog isuk... see ya..