Pages

Thursday, February 26, 2009

Testing..Testing hehe

hi..pertama kali aku ber'blog'..ekekek..excited nih..ekeke lagi...semangat berkobar-kobar dan membara nih..yeah!!tp...rasa lucu pulak..pelik pun ada jugak..ekeke..(gelak ja la yang akan banyak memenuhi ruangan blog aku ni)..erm...let me think..tak tau nak catat apa..tadi time dinner mencurah2 idea kat kepala, sekali time nak menekan keyboard n nak mencurahkan idea2 tadi tu tak tau pula nak taip apa.terlampau banyak idea kot sampai tak tau nak mula mana..hentam la labu...belasah je..

Aku sebenarnya tak berapa reti apakah bendanya 'blog' ni..dari pemerhatian aku, blog ni seakan-akan diary atau luahan perasaan si penulis blog(sepatutnya penaip blog). Tapi,bukankah 'diary' itu lebih bersifat sesuatu yang sangat privasi? sedangkan 'blog' tidak bersifat 'privasi' kerana akan ada pembacanya.Erm..maybe blog ni adalah satu wadah kepada penulis-penulis yang tidak dapat meng'publish' hasil penulisan mereka ke buku-buku(termasuk aku ler tu..)..atau 'blog' ni berupa satu wadah kepada insan-insan yang ingin meluahkan perasaan yang terbuku, atau juga sebagai satu cara kepada penulis-penulis blog untuk meluahkan pendapat-pendapat yang tidak dapat diluahkan di alam realiti (kat internet ni kira alam maya)..atau maybe blog ni satu tempat terkumpulnya hasil-hasil kreativiti individu yang mempunyai bermacam-macam hobi..atau macam-macam lagi la kegunaan blog ni.terpulang pada individu untuk memanfaatkannya,kan?..itu hanya tafsiran aku saja..setiap individu mempunyai tafsiran yang berbeza dan berhak untuk mentafsir sebagaimana yang mereka mahukan...lantaklah..apa yang pasti, 'blog' ini akan menjadi salah satu lagi perkara yang akan menambah sebab aku untuk tidak keluar rumah..Pasal mengadap pc berejam2 menaip blog...hahaha

Erm...kenapa aku ber'blog'?? ya soalan yang paling bernas dan macam 'ngam' dijadikan topik pertama kewujudan blogku ini..erm..saja nak ikut2 org kot...akhir-akhir ini macam dah jadi trend kawan-kawan aku berblog..kafle dengan 'teratak kafali'nya, kak tom dengan 'My colours of life' nya, dboy n norman dgn blog photoghrapher diorang, ijul pula (kira geng la bah kita tu kan jul..peace..) dgn 'masa,waktu,detik,bersama'nya.. dan so on la..so, aku sebagai seorang insan biasa yang tak mau ketinggalan akhirnya men'gatal'kan and meng'amai'kan tangan meng'create' blog ni.ceh! nak buat jugak..

ERm..banyak lagi idea nih..tapi nampaknya malam dah larut..isuk aku nak kena kerja.so, aku tak boleh pula ikut perasaan excited nak taip blog.kena berfikir rasional.so, tidur la..daripada aku mengantuk pula time kerja isuk.mengantuk tu satu perkara yang sangat membahayakan pada 'teller2'..pasal kalau mengantuk time kira duit tu boleh mamai2 n tersalah kira duit..kalo salah kira tak ke naya?kalo terlebih bagi customer, habis la kena ganti balik pulak..so, aku tahankan dulu niat nak taip blog..so, hopefully dapat sambung taip blog isuk... see ya..