Pages

Thursday, December 29, 2011

......

Walau macam mana pun kita cuba melawan takdir.... Kita tidak akan mampu kerana ianya telah tersurat untuk kita....berdoalah dan usaha sepanjang jalan agar ranjau mudah ditempuh.....

Saturday, December 17, 2011

PESANAN ARWAH KAKAK.....

Lina,
Hari ini kita bertemu dengan seseorang dan esoknya kita berpisah. Kemudian bertemu dan esoknya berpisah. Kemudian bertemu lagi pada saat yang tak pernah kita duga. Segalanya tak ubah seperti satu permainan yang jadi kemestian dalam hidup setiap insan.

Manusia bertemu dan berpisah. Manusia bercinta dan kemudiannya putus cinta. Setiap pertemuan manusia itu melahirkan memori yang punya erti sendiri untuk dinilaikan. Itu adalah satu kemestian. Dan yang membezakan kita adalah kisah yang tersirat untuk tiap individu itu.