Pages

Tuesday, June 22, 2010

PERGINYA SEORANG SAHABAT..

21 june 2010..Aku menerima berita kehilangan salah satu antara teman karib sewaktu bersekolah menengah. Abdul Mashairul Bin Hj Ibrahim, telah kembali ke rahmatullah pagi tadi akibat leukimia. Perkenalan bermula ketika sama-sama belajar di SMK (A) Limauan. Keadaan sekolah yang terpencil dengan semua pelajarnya tinggal di asrama dan dengan kuantiti pelajar yang kurang dari 30 orang dalam satu kelas menyebabkan hubungan kami menjadi rapat bagaikan adik beradik. Ditambah lagi dengan kekerapan berhubung antara kami semua menyebabkan hubungan persahabatan itu tidak putus setelah tamat zaman persekolahan..

Kali terakhir aku bertemu dengan beliau adalah pada 29 mei 2010. Zaidi (bekas rakan sekelas juga) transit beberapa jam di KK dan berhasrat untuk menemui arwah (masa tu belum arwah lagi).. Lepas ambik zaidi dr airport, kami ke rumah arwah dan bawa arwah lepak2 mkn di restoran kakak arwah (kalau tak silap) 'Tenom Kopitiam' (dekat trafik lite sutera harbour). Time jumpa tu arwah ada maklumkan perkembangan rawatan beliau.. nampak ok dan biasa2 saja..sempat lagi bergurau senda dan menyakat si zaidi yang bakal bertunang esok harinya..

Hari ini...semuanya tinggal kenangan..berita pemergian beliau di maklumkan kepadaku oleh emran dan sainih melalui sms.. Terkedu aku time terima sms tu, sebak dan ada rasa berat di dada..tapi cepat2 kupujuk diri meredhakan perginya sahabat itu, terima kasih kerana pernah singgah dlm hidupku sahabat..allah lebih sayangkan beliau..mungkin inilah yang terbaik untuk beliau..semoga rohnya dicucuri rahmat dan dipermudahkan urusan di alam kubur...amin..alfatihahku akan sentiasa mengiringimu wahai sahabat...

2 comments:

norman d. namron said...

al-fatihah untuk arwah...

Nor ismail said...

ada jgk nama sy lam blog ko ar....heheheheheh...

Post a Comment