Pages

Tuesday, August 2, 2011

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH...

Hikmah & keutamaan solat Tarawih itu sangat besar sekali,oleh karena itu diharapkan jangan sampai terlewatkan dalam melaksanakannya. Tiap2 malam bulan Ramadhan mempunyai keutamaan masing2,yaitu :

1. Keutamaan malam pertama : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
2. Keutamaan malam kedua : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
3. Keutamaan malam ketiga : Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
4. Keutamaan malam keempat : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Keutamaan malam kelima : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Keutamaan malam keenam : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
7. Keutamaan malam ketujuh : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
8. Keutamaan malam kedelapan : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
9. Keutamaan malam kesembilan : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
10. Keutamaan malam kesepuluh : Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
11. Keutamaan malam kesebelas : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
12. Keutamaan malam kedua belas : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
13. Keutamaan malam ketiga belas : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
14. Keutamaan malam keempat belas : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
15. Keutamaan malam kelima belas : Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
16. Keutamaan malam keenam belas : Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
17. Keutamaan malam ketujuh belas : Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Keutamaan malam kedelapan belas : Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
19. Keutamaan malam kesembilan belas : Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Keutamaan malam kedua puluh : Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
21. Keutamaan malam kedua puluh satu : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
22. Keutamaan malam kedua puluh dua : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
23. Keutamaan malam kedua puluh tiga : Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
24. Keutamaan malam kedua puluh empat : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
25. Keutamaan malam kedua puluh lima : Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
26. Keutamaan malam kedua puluh enam : Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
27. Keutamaan malam kedua puluh tujuh : Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
28. Keutamaan malam kedua puluh delapan : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
29. Keutamaan malam kedua puluh sembilan : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
30. Keutamaan malam ketiga puluh : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar'.

0 comments:

Post a Comment