23 June 2012 (sabtu) bersamaan 3 syaaban 1433 h. Apa yang berlaku pada tarikh ini? tarikh itu telah menjadi tarikh bersejarah dalam hidup adik aku surayah. Hari ni secara rasminya dia telah menjadi tunangan orang. Tunangan kepada Mohd Dzaihann atau lebih dikenali dengan nama A'an.
Untuk pengetahuan korang, rata-rata dalam tradisi adat kitorang (bugis) jarang diadakan majlis tunang bertunang ni.. kalo ada yang berkenan, masuk terus meminang untuk kawin.. hehe so perkara ni menjadi satu perkara baru lebih-lebih lagi kepada keluarga kami keluarga encik Mohd Salleh. Tambahan pula waktu arwah akak kawin dulu tiada diadakan majlis tunang-tunang dan aku pula belum berumahtangga(ehem... bukan tanak ek, jodoh belum sampai) manakala adik-adik lelaki yang lain pun belum ada yang berumahtangga. Maka kerana itu, kami pun banyak bertanya kepada sahabat handai dan jiran tetangga bagaimanakah prosedur dan perisian majlis bertunang ni lebih-lebih lagi ada kakak ni yang belum berumahtangga (aku ler tu..jangan nak kutuk ek.. )
Kebiasaan majlis bertunang generasi terdahulu, tidak diadakan pelaminan. Tapi dah menjadi trend orang zaman sekarang, bertunang pun dah pakai pelamin. Maka, seperti yang anda dapat lihat pada foto di atas, telah diadakan pelamin untuk acara sarung menyarung cincin.. oh ya tak ketinggalan foto acara menyarung cincin 'langkah bendul' untuk aku sebagai kakak surayah yang dilangkah oleh adiknya sebab adik bertunang lebih dahulu dari akaknya ini..huhuh..
Atas ni adalah ketika acara pembuka kata. Pihak perempuan diwakil oleh pak cik Amir (bapa kepada kawanku Mariam Tasleem)..pak cik ni dah berpengalaman dalam bab-bab pinang meminang ni, tu pasal majlis pun jadi meriah dengan usikannya..yeahh jual pantunnya pakcik..jangan tak jual.. Nampak macam tak ramai, sebenarnya penuh rumah. Kesian pada yang lain terpaksa berhimpit-himpit macam time jualan 'sale' di shopping-shopping complex.
Ada bermacam acara lain selain acara menyarung cincin. Ada acara berbalas pantun (eh ada ker? aku tak dengar sangat time perbincangan tu), acara makan-makan (sudah semestinya ada) dan acara karaoke (hahha acah je..).. eh ada satu lagi acara yang hampir aku terlupa, acara suprise celebrate birthday A'an sebab majlis bertunang ni diadakan berdekatan tarikh hari lahirnya..merah padam muka A'an time kena bawakan kek dan dinyanyikan lagu happy birthday..selamat hari lahir wahai bakal adik iparku...semoga dilindungi allah selalu... ok la, rasanya setakat ni sampai sini saja la dulu entri untuk kali ini....kalau rajin,akan datang akan aku isikan lagi blogku ini dengan celoteh kisah perjalanan hidupku atau apa-apa yang ingin kukongsikan bersama.. p/s: haaa di bawah ni adalah time acara aku disarungkan cincin. Dengan muka tak kontrol malunya aku...hahahhaa tapi yang lucunya time cincin nak disarungkan ke jari aku, tangan aku menggeletar pulak...adusss malunya!! tu belum lagi bakal mak mentua aku yang sarungkan tu...bakal??jeng...jeng...jeng...hehe ok la sampai sini dulu...chow cin cau....
2 comments:
Ada slang2 semenanjung plk tau.... ;p
hahahhaa..kadang2 ada slang bugis,brunei pun ada kadang2..hahahhaa
Post a Comment