Pages

Monday, June 10, 2013

Doaku buatmu kekasih...






Kau jadikanlah aku seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hati suamiku, yang akan mendamaikan jiwa suamiku. Kau berikanlah aku kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anak kami kelak. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh dan solehah. Kau berikanlah aku ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersama suamiku. “

Aku syukur Ya Tuhan, Engkau kurniakan aku seorang suami yg soleh buat diriku ini.. Aku mohon Ya Tuhan, Engkau berikan ayah yang baik buat anak-anakku kelak …
Aku mohon Ya Tuhan, agar dialah yang akan bersamaku, susah dan senang, untuk kami terus berjalan ke syurgaMu.

Kau eratkanlah kasih sayang antara kami, suami dan isteri, ibubapa dan anak-anak. kurniakanlah kami cinta untuk kami saling berkasihsayang keranaMu.

Ya Tuhan, suatu hari nanti aku pasti akan pergi. pergi meninggalkan dunia yang fana ini. meninggalkan suami dan anak-anakku. Engkau peliharalah mereka Ya Tuhan! Engkau lindungilah mereka dari menjadi bahan bakar api nerakaMu. Sesungguhnya aku takut untuk itu Ya Tuhan… Ampunkanlah kelalaian diriku selama ini.”

3 comments:

Norismail said...

Y U NO update?

LiNaS said...

Tiada semangat...tiada idea...tiada masa....dlm erti kata mudah-malas...

uncle kong said...

Teruskan jgn lah rasa mcm nk putus asa. Slow2 yg penting progres In Shaa Allah adalah idea tu.

Post a Comment