Pages

Wednesday, October 5, 2011

Jalan-jalan ke Gunung Kinabalu


Ini adalah post yang sepatutnya di post beberapa bulan lepas...hehe tapi terbengkalai dek kesibukan dan kemalasan yang melanda diri..hehe..

Berjalan-jalan ke gunung kinabalu.... sudah bertahun lamanya aku tidak melawat low's peak..
Kali ini aku memaksa diri men'join' member-member ofis mendaki gunung kinabalu. Fuh..rasanya dah bertahun-tahun tak melibatkan diri dengan aktiviti mencabar (aisehmen...mencabar ke?)

Trip kali ini rasanya berbeza dengan yang sebelum-sebelum ini. Track memang dah berubah dari beberapa tahun lepas (lebih kurang 8 tahun dari kali terakhir aku mendaki). Dari apa yang aku dapat buat kesimpulan, rasanya track kali ni lebih mencabar (atau sebenarnya aku yg dah kurang stamina..) hehe oh ya, yang pasti papan tanda di puncak bukit telah ditukar. Dulu time aku datang papan tandanya warna hijau, sekarang dah ganti warna coklat.

Ini adalah kali ketiga pendakian aku ke gunung kinabalu. Itupun selepas beberapa tahun jugak la aku tak daki, stamina pun dah kurang, dulu masih muda belia, sekarang dah berusia sikit..(hehehe sikit??).. ok, persiapan untuk mendaki..sila pastikan diri anda sekurang-kurangnya bersenam atau berjogging setiap minggu sebagai persiapan fizikal.Ini adalah penting supaya anda tidak athma/ampus di tengah-tengah pendakian. Jangan lupa lampu suluh(seelok-eloknya bertali dan boleh digantung di leher),backpack,ubat-ubatan, minyak urut, sebotol air mineral kecil, minuman 3 in 1(dlm pek), meggi,coklat secukupnya, buah apple atau pisang beberapa bijik. Pakaian pula, sila bawa 2 lapis sarung tangan, satu jenis kain satu lagi jenis 'leather' untuk mencegah tangan daripada kesejukan terkena air atau embun. Stokin tebal, kasut (seelok-eloknya 'water proof'), jaket tebal (yang penting larat diangkat/dibawa sepanjang 7/8km pendakian ke laban rata), tuala kecil (yang digunakan untuk mengelap air yang mengalir dari hidung akibat kesejukan ketika pendakian dari laban rata ke puncak pada subuh hari).

Selain itu, persiapan lain adalah kekuatan mental dan spiritual untuk memberi motivasi dan semangat kepada diri kita dan rakan kita untuk meneruskan pendakian yang sangat memenatkan yang kadang kala membuatkan kita rasa nak berputus asa dan berpatah balik. Oh ya, untuk pengetahuan anda, ramai pelancong dari luar negara yang tidak melepaskan peluang mendaki gunung kinabalu ini, dan ada diantaranya nenek-nenek tua dari negara jepun dan korea. kalau lah orang yang dah lanjut usia ni mampu nak mendaki gunung ni, kenapa pula kita yang lebih muda belia dari mereka nak mengalah?? ;D


Selamat mendaki.....

Tidak banyak idea untuk menulis dan mengomen, silalah tengok-tengok gambar untuk tatapan bersama....





































2 comments:

sue_aya said...

"Ini adalah kali ketiga pendakian aku ke gunung kinabalu" --> statement ni ndak ujub ba juga kan?? haha...oh ya, tambahan mknan..jgn lupa bwa coklat..kan3x..?? kah3x =p

LiNaS said...

hohoho..ko perasan juga ke'ujub'an ku tu ya? hahahaaha

Post a Comment