Tanda 100 Hari
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kpd hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka2 yg dikehendakiNya [Ya Allah, golongkanlah kami dikalangan org2 yg sedikit ini..]
Walaubagaimanapun semua org Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak shj~..Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dr hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yg sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi merek yg tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu shj tanpa sebarang manfaat.
Tanda 40 hari sebelum Hari Mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas kita. Ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yg terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang ttp kuasanya utk mencabut nyawa adalah bersamaan dgn jumlah nyawa yg akn dicabutnya.
Tanda 7 Hari
Adapun tanda ini akan diberikan hny kpd mereka yg diuji dgn musibah kesakitan dimana org sakit yg tidak makan secara tiba2 ia berselera utk makan.
Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu spy perut kita tidak mengandungi byk najis dan ini akan memeudahkan urusan org yg akan memandikan kita nnti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi org yg sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan juka kita melihatnya dari sisi. Telinganya layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. [dlm forensik jika mayat dgn kakinya terlunjur begini, ia adalah tanda bahawa mayat tersebut mati dgn perlahan-lahan...]
Tanda 1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar~..dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun. Ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya..
Tanda Akhir~
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kpd Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula~...
0 comments:
Post a Comment