Pages

Saturday, December 17, 2011

PESANAN ARWAH KAKAK.....

Lina,
Hari ini kita bertemu dengan seseorang dan esoknya kita berpisah. Kemudian bertemu dan esoknya berpisah. Kemudian bertemu lagi pada saat yang tak pernah kita duga. Segalanya tak ubah seperti satu permainan yang jadi kemestian dalam hidup setiap insan.

Manusia bertemu dan berpisah. Manusia bercinta dan kemudiannya putus cinta. Setiap pertemuan manusia itu melahirkan memori yang punya erti sendiri untuk dinilaikan. Itu adalah satu kemestian. Dan yang membezakan kita adalah kisah yang tersirat untuk tiap individu itu.

Tak selalu kita gagal memperolehi apa yang kita inginkan. Dan tak selalu juga kita memperolehi apa yang kita inginkan. Oleh sebab tu, kita harus menjadi insan yang berhati-hati dalam dunia ini. Harus bijak menilai dan rasional bila memberi pendapat.Tak pantas putus asa. Bukankah dalam hidup ini kita diberi akal dan fikiran untuk membantu kita? dalam hidup ini, manusia mesti bertoleransi. Kita tidak harus ego dan mementingkan diri sendiri. kita juga harus bersyukur dan sentiasa bersabar menerima takdir ilahi. Mesti banyak bertenang. Tapi kita tak boleh terus berdiam diri tanpa melakukan apa-apa untuk mewarnakan hidup ini dengan warna-warna yang kita sukai dan diredhai-Nya.

Kita harus berusaha. Berusaha untuk mencapai sesuatu yang dapat membahagiakan insan lain, itulah yang utama. Kerana manusia tidak diciptakan untuk hidup sendiri. Kita bergantung hidup antara satu sama lain kerana kita akan lebih rasa bahagia bila orang lain bahagia dan suka apa yang kita lakukan. Bukankah begitu?

Insan yang banyak berkorban untuk orang lain itu adalah insan yang paling layak disayangi, dikagumi dan dikenangi dalam setiap mimpi dan doa. mereka insan yang unggul, istimewa dan jarang ditemui.

bersedialah untuk menyayangi kerana tak semudah itu kita akan disayangi. Mungkin kita juga akan dicaci dan dihina. Biarkanlah, selagi anda berada pada landasan yang betul. Redhalah.. Andainya orang lain membenci kita.. doalah pada allah agar memadamkan api kebencian mereka itu. Doalah untuk kebaikan mereka. Itulah yang dinamakan pengorbanan.

Hidup ini sungguh indah, walaupun banyak yang berlaku itu tidak semuanya kita sukai dan mahukan, namun hidup itu tetap indah. Dan ia akan lebih indah sekiranya kita punya hati yang yakin dan sentiasa bersyukur. Hati yang sebegitu lahirnya dari fikiran yang tenang, matang dan berilmu.

Oleh itu, kita harus bersikap lapang dada dan rela berkorban untuk melahirkan jiwa yang tenang. Ingatlah, kita tidak rugi apa-apa dengan bersikap begitu.. biarkan sekiranya mereka tidak tahu menghargai, berkorbanlah dengan redha kerana sesungguhnya allah mengetahui pengorbananmu..

Tenangkan hati, banyakkan doa. Paling penting, jangan mudah putus asa. Berusahalah, lagi dan lagi dengan jujur, yakin dan ikhlas. Tapi jangan lupa, andainya berlaku perpisahan, itu akan mendewasakan manusia. Itu hakikatnya. Dan ingatlah, Sebagai manusia biasa, tiada siapapun yang tidak pernah melakukan kesilapan.

0 comments:

Post a Comment