Pages

Sunday, July 8, 2012

Ada apa dgn cinta..





Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, “Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Saturday, July 7, 2012

Terapi Air putih/jarang/jernih


Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.

Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.

Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.

Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.
AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....

selamat mengamalkan...;)

Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri?

Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri?
Ni adalah salah satu tabiat buruk aku dan ramai lagi rasanya antara kita yang selalu buat pe'el ni..minum ketika berdiri, makan sambil berdiri, makan sambil berjalan nasib baik tak boleh makan sambil berlari. Kalau tak, rasanya ada jugak yang buat.. so di sini aku kongsikan bersama artikel yang aku rasa perlu untuk kita semua baca and take note..

Hidup bukan semudah mimpi...


Ada kalanya kita perlu menikmati saat-saat terjatuh..merasai kekecewaan apabila yang dirancang tidak menjadi dan terpaksa memaksa diri untuk menjiwai kepayahan serta kesukaran sesuatu perkara yang Allah berikan kepada kita sama ada bersendirian atau berteman....
Yakinlah wahai diri, semuanya ada hikmah yang tersendiri, redha lah wahai hati kerna Allah tahu segala yang terbaik untukmu....

-News Media Network-

Sunday, June 24, 2012

My sister's engagement day....


23 June 2012 (sabtu) bersamaan 3 syaaban 1433 h. Apa yang berlaku pada tarikh ini? tarikh itu telah menjadi tarikh bersejarah dalam hidup adik aku surayah. Hari ni secara rasminya dia telah menjadi tunangan orang. Tunangan kepada Mohd Dzaihann atau lebih dikenali dengan nama A'an.

Sunday, June 10, 2012

positive...

Just because i have smile on my face, doesn't mean my life is going right; I just choose to be happy and holding on the positive things..

Wednesday, May 23, 2012

kemelut...


masa terus berlalu..hari berganti minggu..minggu berganti bulan...haruskah aku terus menunggu???

Wednesday, May 16, 2012

Tiada jodoh bukan kehendak kita...

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.